Peluang usaha kecil melalui pasaraya kontena?

Peluang usaha kecil melalui pasaraya kontena? .

kontena dhilreefer
Pasaraya kontena
Pengasas pasaraya pertama didunia pertama di dunia, Boxpark, di London. Roger Wade berkata konsep pasaraya kontena yang bersifat sementara yang bertujuan untuk membantu perniaga-peniaga kecil akan dibina di negara-negara lain.Boxpark, pusat membeli-belah yang dibina dari kontena terpakai yang sebelum ini digunakan untuk kapal, dibuka di Shoreditch, London.Pasaraya kontena sementara dua tingkat ini terdiri daripada kira-kira 40 kedai, dengan produk termasuk baju, kasut, barang kemas dan juga restoran.Roger Wade mengatakan konsep pasaraya kontena sementara ini telah siap diperluaskan jaringannya ke berbagai kota di seluruh penjuru dunia."Kami tengah berunding untuk membangunkan pusat membeli-belah seperti ini di tempat lain di London dan juga di luar London serta beberapa di luar Inggeris termasuk Paris, Berlin, New York, San Francisco dan masih ada lagi tawaran dari seluruh dunia untuk bekerjasama mendirikan pusat membeli-belah dengan konsep ini, "kata Wade kepada wartawan BBC Indonesia, Endang Nurdin.

Sempat kesulitan

 

Ia mengatakan dalam tahun pertama pembangunan konsep pasaraya kontena sementara, ia sempat kehilangan 30% pelanggan pasaraya.

Namun memasuki tahun ketiga, model konsep ini siap dibangunkan di negara-negara lain khususnya untuk membuka peluang kepada peniaga-peniaga kecil.
"Boxpark mewujudkan konsep dengan banyak peniaga-peniaga kecil ... Saya tidak percaya dengan konsep bahawa usaha kecil akan mati oleh kedai-kedai besar kerana selalu ada peluang untuk kedai-kedai kecil ini," kata Wade.
"Jadi konsep ini terhasil dari perspektif yang berbeza bahawa peniaga-peniaga kecil tidak perlu mengeluarkan banyak wang, kerana projek ini menggunakan tanah yang tak digunakan dan dengan model sewa," tambahnya.Boxpark di Shoreditch akan habis masa sewanya dua tahun lagi dan Wade mengatakan akan mencari tempat lain di London ataupun di luar ibu negara Inggeris ini.


Ramah lingkungan

 

"Banyak tanah yang tak digunakan atau tanah yang tak mahu dijual oleh pelabur. Di Malaysia, sesungguhnya boleh dibina pembangunan runcit seperti ini, ianya tidak mahal tetapi jelas dapat dinikmati oleh peniaga-peniaga kecil.
kontena dhilreefer
Cafe

Pengusaha berdarah Ireland dan Malaysia ini juga berkata konsep Boxpark juga mesra alam sekitar."Konsep ini dilakukan dengan menggunakan penghasilan semula tanah yang tak terpakai dan selepas lima tahun, tidak meninggalkan kesan apapun terhadap tanah itu. Jadi dari sisi alam sekitar, tidak ada jejak karbon dan tanah akan kembali ke fungsi semula."Berbelanja dan makan di pusat membeli-belah kontena terpakai ini, kata Wade, merupakan pengalaman tersendiri bagi pelanggan kerana hampir setiap hari diadakan acara, termasuk acara menyanyi."Pengalaman yang ditawarkan bukan hanya bentuk bangunan tetapi juga pelanggan dapat menikmati pelbagai acara.""Pada masa sekarang kami bersedia untuk pengembangan kerana sudah ada model yang boleh kami lancarkan. Namun untuk saat ini Boxpark di Shoreditch masih merupakan pusat membeli-belah sementara pertama di dunia," kata Wade.


Mahu membeli kontena untuk projek seperti ini?
Call 0187652032 ~ dhil
email dhilreeferservices@gmail.com
<!—SWT Blogger Site Map START -->
Loading SWT Blogger HTML Sitemap. Please wait....
<!—SWT Blogger Site Map END -->

No comments

Powered by Blogger.